Sony MHC-V11 Manuel d'utilisateur Page 81

  • Télécharger
  • Ajouter à mon manuel
  • Imprimer
  • Page
    / 123
  • Table des matières
  • DEPANNAGE
  • MARQUE LIVRES
  • Noté. / 5. Basé sur avis des utilisateurs
Vue de la page 80
39
MY
Maklumat Tambahan
MHC-V11.4-582-493-72(1)
Membersihkan kabinet
Bersihkan sistem ini dengan kain lembut
yang dilembapkan sedikit dengan larutan
detergen lembut. Jangan menggunakan
apa-apa jenis pad lelas, serbuk penyental,
atau bahan pelarut seperti pencair, benzin,
atau alkohol.
Tentang Komunikasi BLUETOOTH
Peranti BLUETOOTH harus digunakan
dalam jarak kira-kira 10 meter (jarak tidak
terhalang) di antara satu sama lain. Julat
komunikasi yang berkesan mungkin
menjadi lebih pendek dalam keadaan
berikut.
Apabila manusia, objek logam,
dinding atau halangan lain berada di
antara peranti dengan sambungan
BLUETOOTH
Lokasi tempat LAN wayarles dipasang
Sekitar ketuhar gelombang mikro yang
sedang digunakan
Lokasi tempat gelombang
elektromagnet lain dijana
Peranti BLUETOOTH dan kelengkapan
LAN wayarles (IEEE 802.11b/g)
menggunakan jalur frekuensi yang
sama (2.4 GHz). Apabila menggunakan
peranti BLUETOOTH anda berdekatan
dengan peranti yang mempunyai
keupayaan LAN wayarles, gangguan
elektromagnetik mungkin berlaku. Ini
boleh mengakibatkan kadar pemindahan
data yang lebih rendah, hingar, atau
ketidakupayaan untuk menyambung. Jika
ini berlaku, cuba lakukan remedi yang
berikut:
Gunakan sistem ini sekurang-
kurangnya 10 meter jauhnya dari
kelengkapan LAN wayarles.
Matikan kuasa kelengkapan LAN
wayarles apabila menggunakan peranti
BLUETOOTH anda dalam jarak 10 meter.
Gunakan sistem ini dan peranti
BLUETOOTH sedekat yang mungkin
antara satu sama lain.
Gelombang radio yang disiarkan oleh
sistem ini boleh mengganggu operasi
sesetengah peranti perubatan. Oleh
sebab gangguan ini boleh menyebabkan
kerosakan, sentiasa matikan kuasa pada
sistem ini dan peranti BLUETOOTH di
lokasi yang berikut:
Di hospital, dalam kereta api, dalam
kapal terbang, di stesen minyak, dan
di mana-mana tempat gas mudah
terbakar mungkin hadir
Berhampiran pintu automatik atau
penggera kebakaran
Sistem ini menyokong fungsi keselamatan
yang mematuhi spesifikasi BLUETOOTH
untuk memastikan penyambungan
yang selamat semasa komunikasi
menggunakan teknologi BLUETOOTH.
Walau bagaimanapun, keselamatan
ini tidak mencukupi bergantung pada
kandungan pengesetan dan faktor-faktor
lain, maka sentiasalah berhati-hati semasa
menjalankan komunikasi menggunakan
teknologi BLUETOOTH.
Sony tidak boleh dipertanggungjawabkan
dengan apa jua cara untuk ganti
rugi atau kerugian yang lain akibat
kebocoran maklumat semasa komunikasi
menggunakan teknologi BLUETOOTH.
Komunikasi BLUETOOTH tidak semestinya
dijamin dengan semua peranti
BLUETOOTH yang mempunyai profil yang
sama dengan sistem ini.
Peranti BLUETOOTH yang disambungkan
dengan sistem ini mestilah mematuhi
spesifikasi BLUETOOTH yang ditetapkan
oleh Bluetooth SIG, Inc., dan mesti
diperakui pematuhannya. Namun,
walaupun peranti mematuhi spesifikasi
BLUETOOTH, mungkin ada kes di
mana ciri-ciri atau spesifikasi peranti
BLUETOOTH yang menjadikannya
mustahil untuk menyambung, atau boleh
menyebabkan kaedah kawalan, paparan
atau operasi yang berlainan.
Hingar mungkin berlaku atau audio
mungkin terputus bergantung pada
peranti BLUETOOTH yang disambungkan
dengan sistem ini, persekitaran
komunikasi, atau keadaan sekeliling.
Vue de la page 80
1 2 ... 76 77 78 79 80 81 82 83 84 85 86 ... 122 123

Commentaires sur ces manuels

Pas de commentaire